Thursday, August 4, 2011

Helo Radio, saya hendak membuat satu permintaan boleh?

Pada suatu petang, seorang pendengar menelefon Radio Sinaran FM..

Pendengar : Hello Radio Sinaran FM?
Penyiar : Ya, betul! Siapa disana?
Pendengar : Saya Azmi, saya hendak membuat satu permintaan boleh bang?
Penyiar : Boleh, encik Azmi mahu meminta lagu apa?
Pendengar : Tolong putarkan Azan Maghrib bang, saya dah lapar dah ni!

Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak, selamat berpuasa, selamat berbuka, selamat bersahur dan selamat segalanya! :P

--------------------------------------

(kalau saya jadi penyiar radio itu saya nak jawab begini)

Penyiar: Takkan minta putarkan Azan Maghrib sahaja, Takbir Raya tak mahu ke?

Monday, July 11, 2011

Video yang menyentuh hati

Video yang menyentuh hati..

Tuesday, June 21, 2011

Ini memalukan! oh nama saya bukan memalukan! :P


Ini memalukan! oh nama saya bukan memalukan! :P

Thursday, April 21, 2011

Teringat suatu masa..

Teringat semasa muda dahulu, asal hujan sahaja mesti akan buat kapal kertas.
Lepas tu letak dekat longkang, tengok sampai mana kapal tu pergi sebelum tenggelam.



*hari hujan lebat, kilat sabung menyabung, elektrik terputus, bosan tak tahu buat apa, nampak kertas tiba-tiba tangan laju sahaja melipat. eh eh, kapal kertas lah*

Wednesday, February 2, 2011

"There are no old or young players - there are only good or bad players."

"There are no old or young players - there are only good or bad players."

"Tidak ada pemain muda ataupun tua - yang ada hanyalah pemain yang bagus ataupun tidak."

Saturday, January 8, 2011

Adakah anda pandai membilang?

Cikgu bertanya kepada murid-muridnya, "Siapa yang pandai membilang?"

Ahmad mengangkat tangan.

"Ahmad pandai membilang?" tanya cikgu.

"Ya cikgu, ayah saya yang ajar!" jawab Ahmad kepada cikgunya.

"Baiklah, cikgu akan tanya kamu. Selepas dua, berapa?"

"Tiga."

"Bagus. Selepas lima?"

"Enam."

"Selepas sembilan?"

"Sepuluh."

"Bagus, pandai Ahmad! Rupanya ayah kamu benar-benar mengajar kamu bagaimana untuk membilang! Selepas sepuluh berapa?" tanya cikgu lagi.

Dengan senyum yang penuh dengan keyakinan, Ahmad menjawab "Jack, Queen dan King!"

-lawak dicuri daripada sumber yang tidak diketahui

Thursday, January 6, 2011