Monday, July 26, 2010

Penyakit tangan basah?

Teringat sebuah kisah dimana saya dan rakan-rakan pergi ke sebuah kompleks membeli-belah.
Hajatnya ingin pergi menonton wayang.
Sedang kami berjalan-jalan menghampiri eskalator, tiba-tiba kami ditahan oleh seorang wanita yang memegang mikrofon.

"Er, kami nak temuramah sekejap boleh? Sekejap sahaja, tak lama pun" kata wanita itu lagi.
Saya yang ketika itu berada dibelakang sekali cuba untuk melarikan diri manakala 2 rakan saya tadi telah pun terperangkap.
(maaflah, saya ini pemalu orangnya!)
Setelah beberapa minit sesi temuramah itu dijalankan bersama 2 orang rakan saya, tiba-tiba rakan saya memanggil saya.

"Dia nak interview ko plak jan" kata rakan saya.
"Eh takpelah, susah-susah je" balas saya menolak.
"Ala, tak lama pun sekejap sahaja. Nak tanya 2-3 soalan sahaja!" kata penemuramah itu lagi sambil buat muka comel.
"Baiklah" kata saya mengalah (mengalah la sangat)
"Pernah dengar penyakit tangan basah?" tanya wanita itu kepada saya.
"Pernah kut" balas saya ringkas dan padat.
"Pernah alami ke penyakit atau sindrom ini?" tanya wanita itu lagi.
"Saya? tak pernah. Tapi ada la 2-3 kawan ada penyakit macam ini" jawab saya dengan muka yakin.
(ada video ni..nanti masuk dalam televisyen, malu malu)
"Oh, rasa-rasa kenapa agaknya kawan awak ada penyakit tangan basah ini?" tanya dia lagi dengan soalan yang lebih rumit dan kompleks.
"Tak tahu lah saya, mungkin tangan dia basah kerana dia basuh pinggan ataupun basuh tangan!" jawab saya dengan spontan.

(Moral disini: Jangan jawab spontan. Fikir dulu sebelum jawab! haha)

Oh, kawan saya kata 2 ataupun 3 minggu selepas itu, temuramah itu disiarkan didalam rancangan Wanita Hari Ini di TV3.
Nasib baiklah rancangan itu disiarkan pada waktu pagi, tak ramai kawan yang menontonnya.
Tak dapat nak bayang muka saya keluar dikaca televisyen. OMG (oh tuhan!)