Thursday, August 4, 2011

Helo Radio, saya hendak membuat satu permintaan boleh?

Pada suatu petang, seorang pendengar menelefon Radio Sinaran FM..

Pendengar : Hello Radio Sinaran FM?
Penyiar : Ya, betul! Siapa disana?
Pendengar : Saya Azmi, saya hendak membuat satu permintaan boleh bang?
Penyiar : Boleh, encik Azmi mahu meminta lagu apa?
Pendengar : Tolong putarkan Azan Maghrib bang, saya dah lapar dah ni!

Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak, selamat berpuasa, selamat berbuka, selamat bersahur dan selamat segalanya! :P

--------------------------------------

(kalau saya jadi penyiar radio itu saya nak jawab begini)

Penyiar: Takkan minta putarkan Azan Maghrib sahaja, Takbir Raya tak mahu ke?