Wednesday, August 18, 2010

"dik, tak baik ganggu orang tengah sembahyang tau!"

Pada bulan ramadhan ini, ramai orang berkunjung ke masjid ataupun surau bagi menunaikan solat tarawikh dan saya pun tidak terkecuali.

Teringat sebuah kisah beberapa tahun dahulu (tidak ingat bila waktunya) semasa saya pergi ke sebuah surau untuk menunaikan solat tarawikh.

Pada masa itu solat belum bermula dan ada la sepasang adik beradik lelaki dihadapan saya ini.
2 orang adik beradik, seorang remaja (mungkin 12-14 tahun) dan seorang lagi masih muda (mungkin 5-7 tahun)

Adik kecilnya yang comel begitu asyik melihat pakcik dihadapannya solat sunat.

Ketika pakcik itu sujud, kain pelikat yang dipakainya telahpun masuk sedikit kedalam celah punggung pakcik tersebut dan adik kecil itu pun menarik keluar kain pelikat pakcik yang sedang solat itu.

Maka abangnya cuba memainkan peranan sebagai seorang abang yang baik pun menasihatilah adiknya dengan berkata,
"dik, tak baik ganggu orang tengah sembahyang tau!"

"baik abang!" kata adik kecilnya lagi..

Kemudian apabila pakcik dihadapan itu sujud buat kali kedua, adiknya pun menyeluk kembali kain tersebut ke celah punggung pakcik tersebut.


*gambar ini adalah rekaan semata-mata, tiada kena-mengena dengan mereka yang masih hidup ataupun telah pergi!