Cikgu bertanya kepada murid-muridnya, "Siapa yang pandai membilang?"
Ahmad mengangkat tangan.
"Ahmad pandai membilang?" tanya cikgu.
"Ya cikgu, ayah saya yang ajar!" jawab Ahmad kepada cikgunya.
"Baiklah, cikgu akan tanya kamu. Selepas dua, berapa?"
"Tiga."
"Bagus. Selepas lima?"
"Enam."
"Selepas sembilan?"
"Sepuluh."
"Bagus, pandai Ahmad! Rupanya ayah kamu benar-benar mengajar kamu bagaimana untuk membilang! Selepas sepuluh berapa?" tanya cikgu lagi.
Dengan senyum yang penuh dengan keyakinan, Ahmad menjawab "Jack, Queen dan King!"
-lawak dicuri daripada sumber yang tidak diketahui