"Tidak ada pemain muda ataupun tua - yang ada hanyalah pemain yang bagus ataupun tidak."
Wednesday, February 2, 2011
"There are no old or young players - there are only good or bad players."
"There are no old or young players - there are only good or bad players."
Saturday, January 8, 2011
Adakah anda pandai membilang?
Cikgu bertanya kepada murid-muridnya, "Siapa yang pandai membilang?"
Ahmad mengangkat tangan.
"Ahmad pandai membilang?" tanya cikgu.
"Ya cikgu, ayah saya yang ajar!" jawab Ahmad kepada cikgunya.
"Baiklah, cikgu akan tanya kamu. Selepas dua, berapa?"
"Tiga."
"Bagus. Selepas lima?"
"Enam."
"Selepas sembilan?"
"Sepuluh."
"Bagus, pandai Ahmad! Rupanya ayah kamu benar-benar mengajar kamu bagaimana untuk membilang! Selepas sepuluh berapa?" tanya cikgu lagi.
Dengan senyum yang penuh dengan keyakinan, Ahmad menjawab "Jack, Queen dan King!"
-lawak dicuri daripada sumber yang tidak diketahui
Thursday, January 6, 2011
Wednesday, December 22, 2010
iklan..berehat seketika..
Pada suatu malam, sedang saya sibuk menukar saluran televisyen. Tiba-tiba saya tertonton sebuah drama melayu. Dialog yang pelakon itu ucapkan sungguh mencuit hati, ia berjaya membuatkan saya menonton drama yang tidak menarik itu buat beberapa minit!
(Dialog tu je lawak, cerita tu tak menarik pun!)
Sunday, December 19, 2010
Adegan tembak-menembak terbaik! (best gunfight scene)
Post ini dikategorikan sebagai 18SG. Ianya mengandungi unsur-unsur keganasan yang terlampau dan tidak sesuai untuk ditonton bagi mereka yang berumur 18 tahun kebawah. ha ha ha
Dalam masa hujung minggu ini, kemalasan melanda diri.
(malas hendak keluar rumah; jalan sesak, kalau keluar pun, separuh daripada masa keluar itu dihabiskan di atas jalan raya sahaja!)
Jadi duduklah dirumah dan menonton filem-filem aksi ganas yang menarik tetapi tidak sesuai untuk ditonton bagi kanak-kanak! (ini betul-betul bukan main-main!)
Dan ini adalah beberapa babak menarik yang saya paling suka didalam filem-filem yang bolehlah dikategorikan sebagai filem kegemaran saya..
Hayatilah dengan mata terbuka! :P
Ini adalah senarai 3 babak menarik paling saya gemari:-
No3) Wanted
No2) Kick-Ass (11-year old GIRL kick asses!!!)
No1) The Matrix (the film that introduce the BULLET TIME)
Honorable mention: Desperado (eh apa gitar bazooka? hahaha)
edited:
No0) Time and Tide (2000)
sebuah filem aksi Hong Kong (ya cerita Hong Kong banyak yang menarik tetapi kita semua selalu hendak menonton filem Hollywood sahaja!)
Thursday, December 2, 2010
Tuesday, November 23, 2010
Iklan lagi..
Lagi-lagi iklan!

daging, garfu dan dot dot dot
slurp! mi (pasta) yang sangat sedap!

nota melekit XXXXXXXXXXXXXL (berapa banyak X da?)

tangan kiri disebelah kanan but kereta? mayat itu terlipat ataupun terbelah?
apa-apa pun jangan lupa menonton The Sopranos, hanya di HBO!

cat warna semulajadi!
teringat ayat iklan lama ini:- "macam mana awak tahu? awak ni bukannya tukang cat!"

barangan atau peralatan untuk keadaan yang eskrim! eh silap..ekstrim!

fuhh fuhhh
*meniup dengan sekuat mulut dan sepuas hati!*

*ouch*ouch* Roda panas! *ouch*ouch*

gigi yang sangat kuat!
amaran: jangan gigit jari! kelak putus; sakit diri, susah hati! hihihi

Nintendo DS yang gergasi!
manusia bermain atau manusia dipermainkan?

pencukur rumput?
(tolong jangan berfikiran lucah)

cat tertumpah keatas van dan kereta, pemandu marah, hendak saman syarikat cat!
(berapa agaknya kos iklan ini ya?)

burung pisau cukur
(tajam sangat sampai burung hinggap pun boleh terbelah dua!)
*cubaan membuat keterangan (caption) yang mampu menarik perhatian orang yang mencari di pencarian google dan lain-lain lagi! jadi harap maaf kalau keterangan diatas ini tidak ada kena mengena dengan gambar! hahaha :P
Subscribe to:
Posts (Atom)

