Pada suatu malam, datanglah dua orang lelaki hendak membeli barang..
"bang..blablablas ada?"
(saya yang letih serta mengantuk kurang jelas dengan apa yang dicakapkan oleh lelaki tersebut)
anggaran awal saya ialah:-
"bang..dunhill empat belas ada?"
jadi saya pun dengan jawapan biasa saya..
"oh sini tak jual rokok bang"
(kedai runcit tempat saya bekerja itu tidak menjual rokok..ya memang jarang kedai runcit tidak jual rokok tapi kedai runcit itu mungkinlah satu-satunya kedai runcit yang tidak menjual rokok! sangat bagus! heh)
lelaki itu kehairanan dan berkata lagi..
"bukan..bukan rokok..blablablas!"
(saya masih tidak dapat menangkap apa yang diperkatakan oleh lelaki tersebut..memang mengantuk betul saya pada malam itu)
anggaran kedua saya ialah..
"bukan..bukan rokok..hundred plus (100 plus)!"
jadi saya pun buat muka yakin dan berkata..
"oh, hundred plus? tu dalam peti ais ada"
(sambil menuding jari ke arah peti ais)
lelaki itu pandang kearah peti ais dan mula menggaru kepala..
dan kawan dia pula berkata..
"bukan dunhill empat belas ataupun hundred plus"
...
"HANDIPLAST!"
"la..handiplast ke? ingatkan nak hundred plus tadi"
maka saya pun menghulurkan plaster (handiplast) kepada abang itu..
masih lagi terbayang..muka abang tu pandang peti ais..
mesti di fikiran dia masa itu..
"handiplast dalam peti ais? peh mesti sejuk handiplast ni"
hahaha
(saya tak bersalah dalam hal ini..saya yakin dan pasti bahawa abang tu yang bercakap kurang jelas!)
hahaha