Ini adalah cubaan saya untuk menulis blog didalam bahasa melayu..
*Cubaan pertama*
*Cubaan untuk mengorat jurukaunter*
(eh betul ke jurukaunter tu? saya main letak sahaja nama dia dalam bahasa melayu)
(selalunya dilakukan di kedai makan ataupun restoran makanan pantas!)
Di restoran makanan pantas
*Ketika hendak mengambil pesanan*
Mereka pasti akan bertanya "Makan disini atau bawa balik?" (eat here or dine-in?)
dan jawapan saya selalunya berikan ialah "erk, boleh ke makan kat sini?" (sambil menuding jari kebawah)
"takde kerusi ke nak duduk?"
"awak nak makan sekali dengan saya ke?"
(selalunya dilakukan jika jurukaunter itu seorang perempuan)
(oh dan selalunya jikalau dia seorang yang cantik! hahaha)
*Ketika hendak bayar*
"berapa ek?"
"lima ringgit"
"oh bukan tanya pasal harga makanan..berapa nombor telefon?"
(selalunya tidak akan dilayan..tapi jangan berhenti disitu..cuba lagi! perempuan suka lelaki yang berusaha! hahaha :P)
sekian cubaan pertama..
No comments:
Post a Comment